Polis memburu pemandu sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai melanggar lari seorang pekerja pembinaan di Sungai Petani malam tadi.<br />Mangsa, M Nagelan, maut di tempat kejadian selepas cedera parah akibat dirempuh kenderaan itu dari belakang.
